Sabtu, 23 November 2013

Mama


 Hai semua! 
Harap korang terhibur dengan story ni, sekadar satu perkongsian tentang hidup seorang ibu.

Semua orang pun tahu yang anak sebelum lahir akan dikandung oleh seorang wanita yang bergelar ibu, mama, ummi, bonda, mamey, dan banyak lagi gelaran. Macam aku juga, sembilan bulan berada di rahim ibu yang aku gelar 'mama'. Detik demi detik, hari demi hari, minggu demin minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, hiduplah aku seperti sekarang ini. Aku tak sedar pun tak lama lagi aku akan meninggalkan usia belasan tahun, itu bermakna aku akan menempuh lebih banyak cabaran, tapi apa ya? itu yang aku gelarkan 'Takdir Hari Esok'. 
"Mama, mama tahu tak apa yang bakal berlaku hari esok?" soalan itu sebenarnya aku hanya untuk mengingatkan tentang hari kelahiranku tetapi soalanku salah.  Mama menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis buatku, aku yakin mama tahu maksud pertanyaanku.
"Hari esok?  Mama tak pernah pasti tentang apa yang berlaku hari esok tapi yang pasti Tuhan adalah pemegang takdir hari esok." Aku waktu itu terdiam tak cakap apa-apa.

Itu bukanlah yang aku ingin kongsikan, hubungan seorang anak dan juga ibunya itu yang aku ingin ceritakan. perkataan pertama yang keluar dari bibir seorang kanak-kanak kecil baru belajar bercakap adalah 'mama' kerana 'mama' yang selalu berada setiap detik si kecil. Hadiah pertama yang ibu berikan kepada bayinya yang baru lahir adalah senyuman dan juga tangis kebahagiaan. Korang pun tahu, menangis ada beberapa sebab tapi yang aku tahu, pertama sedih kedua gembira. 

Si ibu pasti tersenyum senang melihat bayinya selamat dilahirkan dan juga akan menangis bahagia, anak permata hati bukan? siapa tak bahagia kalau menyambut bayinya yang baru lahir? (korang jawab sendiri, lain orang lain persepsi, jawapanku? haha... pengalaman tiada tapi rasanya memang begitu.). Kebanyakkan bayi semasa lahirnya pasti akan menangis, tapi tak tahulah pula kenapa bayi itu menangis? Mungkin sama seperti ibunya juga? mungkin. Mama juga begitu. Orang cakap itu perkara biasa tapi bagiku itu luar biasa tentang hubungan seorang ibu dan anaknya. 

Insan pertama yang mengerti karenah seorang bayi adalah wanita yang bergelar ibu. Si bayi juga kalau dia memerlukan sesuatu yang dicari cuma ibunya. Si bayi boleh mengenali ibunya walaupun masih kecil, belum tahu makan, bercakap apa lagi untuk berjalan. Aku sendiri tak tahu bagaimana hal itu berlaku? sains boleh menjawabnya tapi jawaban paling utuh adalah itulah keajaiban ciptaan Tuhan.

Hingga saat ini dan selamanya aku bersyukur kerana mama sanggup melahirkan aku dengan penuh kasih ke dunia. Aku bangga kerana aku mampu membuat semalam sebagai pedoman, hari ini hadapi kenyataan dan esok sebagai impian atau takdir yang harus aku tempuhi.