Hai
semua!
Harap korang
terhibur dengan story ni, sekadar satu perkongsian tentang hidup seorang ibu.
Semua orang
pun tahu yang anak sebelum lahir akan dikandung oleh seorang wanita yang
bergelar ibu, mama, ummi, bonda, mamey, dan banyak lagi gelaran. Macam aku
juga, sembilan bulan berada di rahim ibu yang aku gelar 'mama'. Detik demi
detik, hari demi hari, minggu demin minggu, bulan demi bulan dan tahun demi
tahun, hiduplah aku seperti sekarang ini. Aku tak sedar pun tak lama lagi aku
akan meninggalkan usia belasan tahun, itu bermakna aku akan menempuh lebih
banyak cabaran, tapi apa ya? itu yang aku gelarkan 'Takdir Hari Esok'.
"Mama,
mama tahu tak apa yang bakal berlaku hari esok?" soalan itu sebenarnya aku
hanya untuk mengingatkan tentang hari kelahiranku tetapi soalanku salah.
Mama menghadiahkan sebuah senyuman yang paling manis buatku, aku yakin mama
tahu maksud pertanyaanku.
"Hari
esok? Mama tak pernah pasti tentang apa yang berlaku hari esok tapi yang
pasti Tuhan adalah pemegang takdir hari esok." Aku waktu itu terdiam tak
cakap apa-apa.
Itu bukanlah
yang aku ingin kongsikan, hubungan seorang anak dan juga ibunya itu yang aku
ingin ceritakan. perkataan pertama yang keluar dari bibir seorang kanak-kanak
kecil baru belajar bercakap adalah 'mama' kerana 'mama' yang selalu berada setiap
detik si kecil. Hadiah pertama yang ibu berikan kepada bayinya yang
baru lahir adalah senyuman dan juga tangis kebahagiaan. Korang pun tahu,
menangis ada beberapa sebab tapi yang aku tahu, pertama sedih kedua
gembira.
Si ibu pasti
tersenyum senang melihat bayinya selamat dilahirkan dan juga akan menangis
bahagia, anak permata hati bukan? siapa tak bahagia kalau menyambut bayinya
yang baru lahir? (korang jawab sendiri, lain orang lain persepsi, jawapanku? haha... pengalaman tiada tapi rasanya memang begitu.). Kebanyakkan
bayi semasa lahirnya pasti akan menangis, tapi tak tahulah pula kenapa bayi itu
menangis? Mungkin sama seperti ibunya juga? mungkin. Mama juga begitu. Orang
cakap itu perkara biasa tapi bagiku itu luar biasa tentang hubungan seorang ibu
dan anaknya.
Insan
pertama yang mengerti karenah seorang bayi adalah wanita yang bergelar ibu. Si
bayi juga kalau dia memerlukan sesuatu yang dicari cuma ibunya. Si bayi boleh
mengenali ibunya walaupun masih kecil, belum tahu makan, bercakap apa lagi
untuk berjalan. Aku sendiri tak tahu bagaimana hal itu berlaku? sains boleh
menjawabnya tapi jawaban paling utuh adalah itulah keajaiban ciptaan Tuhan.
Hingga saat ini dan selamanya aku bersyukur kerana mama sanggup melahirkan aku dengan penuh kasih ke dunia. Aku bangga kerana aku mampu membuat semalam sebagai pedoman, hari ini hadapi kenyataan dan esok sebagai impian atau takdir yang harus aku tempuhi.